Showing posts with label Makanan Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Makanan Kelantan. Show all posts
Friday, 2 November 2012
Saturday, 27 October 2012
Pulut Ikan Kering Sarapan Di Negeri Cik Siti Wan Kembang
Tahukah anda bahawa rakyat Kelantan rata-rata gemar bersarapan dengan makanan yang berat.Hari ini penulis sempat bersarapan di Pasar Siti Khadijah dengan pulut ikan kering.Pulut merupakan makanan kegemaran rakyat kelantan tanpa mengira status-quo.Ia dimakan bersama kelapa muda yang diparut.Ikan kering dijadikan sebagai lauk.Juadah ini sesuai juga dimakan ketika kita dalam kenderaan jika kita melakukan perjalanan untuk menuju ke sesuatu destinasi samada dekat atau jauh.Ianya tidak menyusahkan orang yang memakannya kerana tidak perlu dihidang.Bol;eh terus dimakan dalam bungkusan.
Restoran Nasi Ulam Cikgu
Pernahkah anda mengunjungi Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kota Bharu?Restoran ini menjadi kegemaran para pengunjung samada dalam luar atau dalam negeri.Ianya menyediakan pelbagai juadah tradisional negeri Kelantan yang menawarkan harga patut.Lokasinya adalah berhadapan dengan Royal Guest House dan bersebelahan dengan bazar Tengku Anis
Monday, 15 October 2012
Jom...Makan-makan!!!
Bila sebut saja pasal makan di negei Kelantan,wah...sudah terbayang di mata para pengunjung atau pelawat yang datang untuk bercuti atau sekadar singgahlalu sementara sampai ke destinasi yang dituju,bahawa makanan di sini semuanya manis-manis.Bukan semua makanan di Kelantan manis-manis.Kelantan mempunyai juadah yang pelbagai dan unik sekali di mata para pelancung lantaran kepelbagaian rasa dan rupa serta nama yang adakalanya lucu,maka ianya menjadi tarikan dan punya kunikan yang tersendiri.Contoh-contoh makana yang manis adalah seperti jala emas,tahi itik,puteri mandi,onde-onde,badak berendam,pulut bangkok,ketupat dakap,bubur kacang,bubur ubi,sira pisang,sira ubi,sila keledek dan pelbagai juadah pemanis mulut atau pencuci mulut.
![]() |
| akok |
![]() |
| jala mas |
![]() |
| jelebak |
| kuih cara |
![]() |
| kuih cara berlauk |
![]() |
| kuih batang buruk |
![]() |
| Kuih Puteri Ayu |
![]() |
| nasi kerabu |
Nasi
Kerabu merupakan makanan paling diminati di kelantan,nasi kerabu
dihidangkan bersama ulam-ulaman dan boleh dimakan dengan ikan masin,
keropok, telur masin dan daging bakar.
![]() |
| Nasi dagang |
Nasi
dangan atau dikenali nasi pedagang yang dikatakan nasi yang selalu
dihidang kepada pedagang dalam perjalanan mereka pada waktu dahulu.Nasi
dangan diperbuat daripada beras pulut dan dicampur dengan santan kelapa
dan dimakan bersama denga gulai ikan tongkol atau tuna.
Khasiat Budu
![]() |
| Hidangan yang menyediakan menu budu.... |
Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Ia juga nama satu kawasan pentadbiran di Pahang, iaitu Mukim Budu. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.
Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis.Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman[1], [2], [3]. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. [4]
Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal [5]. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi[kutipan diperlukan].
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. [6] Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya [7], kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.[8] Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). [9]
Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain[kutipan diperlukan]. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitamin ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
Budu dan mempelam.
Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.
Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu[kutipan diperlukan]. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon[kutipan diperlukan].
Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.[10]
Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.
Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat[kutipan diperlukan]menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.[11]
Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.
Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.
Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan, kerana ia telah disepara cerana oleh bakteria. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.
Sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Budu
Subscribe to:
Posts (Atom)













